Showing posts with label Bidang Hadis. Show all posts
Showing posts with label Bidang Hadis. Show all posts
Pelajaran 12 : Jihad Dalam Islam
- Bahasa : Mengorbankan diri di jalan Allah SWT.
- Istilah : Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan agama Islam dan mempertahankannya.
Keutamaan Jihad
Fardu 'Ain :
- Setiap umat Islam wajib mempertahankan negara dengan harta dan jiwa raga ketika ditindas atau diserang musuh.
Fardu Kifayah :
- Sebahagian umat Islam perlu menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh, kekacauan atau pemberontakan ketika suasana negara aman.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH (SMK JABI)
- PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU -
Pelajaran 11 : Ikhlas Dalam Kehidupan
Maksud Ikhlas :
1) Bahasa :- Berasal daripada perkataan "Akhlasa : أَخْلَصَ" yang bermaksud bersuh dan suci daripada kotoran yang mencemarkan.
2) Istilah :- Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengaharapkan keredhaan Allah SWT tanpa menyekutukannya dengan yang lain.
Ciri-ciri orang yang ikhlas :
1) Mengharapkan keredhaan Allah
2) Tidak mengharapkan pujian daripada manusia
3) Sentiasa istiqamah melakukan kebaikan
4) Tidak mengingati kebaikan yang dilakukan
5) Sentiasa bersabardalam kesulitan
6) Menghaapkan ganjaran pahala di Akhirat
7) Tidak menghiraukan kejian manusia
Kepentingan ikhlas :
1) Mendapat perlindungan Allah SWT
2) Hidup menjadi tenang dan tenteram
3) Terhindar daripada hasutan syaitan
4) Do'anya akan dimakbulkan Allah SWT
5) Diangkat darjat dan martabat oleh Allah SWT
6) Amal ibadat diterima Allah SWT
4) Do'anya akan dimakbulkan Allah SWT
5) Diangkat darjat dan martabat oleh Allah SWT
6) Amal ibadat diterima Allah SWT
Pengajaran Hadis :
1) Hendaklah menjauhi sifat riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya amalan tidak sia-sia.
2) Hendaklah berniat kerana Allah SWT dalam setiap amalan agar mendapat keredhaan Allah SWT.
3) Hendaklah meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang ikhlas.
4) Hendaklah melakukam ibadat dengan niat yang ikhlas agar ibadat kita diterima Allah SWT.
Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Makna Perkataan:
Sesungguhnya hadis ini adalah di antara hadis penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hukum hakam Islam bersandarkan kepada hadis ini.
Imam Abu Daud berkata:
“Sesungguhnya hadis ini, iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu dengan niat adalah separuh daripada Islam. Kerana ad-Din itu dua perkara, samada ianya perkara zahir iaitu amalan, ataupun batin iaitu niat.”
Imam Ahmad dan Imam Syafi’I berkata:
“Dalam hadis ini mengandungi 1/3 ilmu. Kerana usaha seseorang itu adalah samada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut.”
Para ulama gemar memulakan kitab dan penulisan mereka dengan hadis ini. Ia bertujuan mengingatkan para penuntut ilmu supaya mengikhlaskan niat mereka kepada Allah SWT.
Apakah Sebab Keluar Hadis Ini?
Imam at-Tobrani meriwayatkan dari rantaian perawi yang dipercayai bahawa Ibnu Mas’ud RA berkata:
“Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai Penghijrah Ummu Qais.”
Pengajaran Hadis Buat Kita:
1. Ulamak bersepakat bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syarak (tidak diberi pahala) kecuali disertai niat dalam melakukannya.
2. Niat adalah salah satu rukun dalam Ibadah Langsung (al-Ibadah al-Maqsudah) seperti Solat, Haji dan Puasa. Tidak sah jika melakukannya dengan tidak disertai dengan niat.
3. Bagi Ibadah Tidak Langsung seperti wudhu’ dan mandi pula, berlaku perselisihan pendapat. Mazhab Hanafi berpendapat niat sebagai syarat sempurna sahaja. Manakala Mazhab Syafi’I dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga menjadi syarat sah.
4. Waktu bagi niat adalah di permulaan ibadah. Contohnya takbiratul ihram untuk Solat dan ihram dalam ibadah Haji. Bagi Puasa, memadai sebelum bermulanya puasa.
5. Tempat niat adalah di hati. Maka, tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Namun, disunatkan berlafaz jika dapat memudahkan hati mengingati apa yang ingin diniatkan.
6. Disyaratkan juga menentukan perkara yang diniatkan dan membezakan dengan perkara yang lain. Contohnya Solat Zohor atau Asar, Puasa nazar atau puasa ganti.
7. Implikasi hadis ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang berniat melakukan amal soleh, namun terhalang kerana keuzuran (seperti sakit atau mati), maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya.
8. Hadis ini membimbing kita supaya sentiasa ikhlas dalam amal ibadah, sehingga kita mendapat pahala di akhirat dan mendapat taufik serta kejayaan di dunia.
9. Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadah apabila disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Contohnya belajar, bekerja, makan dan minum, beriadah dan sebagainya.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA,KEDAH (SMK JABI)
- PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU -
Pelajaran 10 : Hadis Sumber Hukum
1) Al-Qur'an
2) Hadis
3) Ijma'
4) Qias
Hadis ialah sumber rujukan yang kedua selepas Al-Qur'an. Al-Qur'an dan Hadis saling diperlukan oleh umat Islam. Sesiapa yang mengabaikan Al-Qur'an dan Hadis atau salah satu daripadanya akan sesat. Hadis dijadikan panduan oleh para ulama' untuk memahami dengan lebih jelas maksud isi kandungan Al-Qur'an.
Kitab Hadis yang menjadi rujukan utama, antaranya termasuklah :
1) Sohih Al-Bukhari
2) Sohih Muslim
3) Sunan Abi Daud
4) Jamie' At-Tarmizi
5) Sunan An-Nasaie
6) Sunan Ibnu Majah
7) Muwatta' Malik
8) Sunan Ad-Darimi
9) Musnad Ahmad
Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk memahami maksud hadis.
Maksud Hadis ialah :
A) Dari segi bahasa : Kata-kata atau baharu.
B) Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk -:
1) percakapan
2) perbuatan
3) pengakuan atau persetujuan
4) sifat
Perawi hadis
* Iaitu orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah SAW.
Syarat perawi hadis
* Islam
* Berakal
* Baligh
* Adil
* Kuat hafazan
* Menjaga tulisan
* Waspada
Perawi-Perawi hadis :
* Abdullah bin Umar r. a.
* Abu Hurairah
* Abu Musa Al-Ashari
* Abu Sa'id Al-Khudri
* Al-Bara' Ibn Azib
* Ali bin Abu Talib
* Anas b. Malik r. a.
* Ibn Abbas
* Ibn Mas'ud
* Ibn'Umar
* Jabir bin Abdullah
* Umar Khalifah Kedua.
* Ummul Mukminun Aishah
Contoh Pengumpul dan pengarang kitab hadis.
1. IMAM MALIK : Nama penuhnya ialah Malik bin Anas. Dia berasal daripada suku Zi Asbah kaum Arab di Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93H, dan meninggal dunia pada tahun 179H. Beliau menetap di kota Madinah. Beliau belajar dengan Nafik bin Naim, Rabiah Al-Rakyi, Ibnu Sihab Al-Zuhry, dan Nafik (hamba Ibn Umar). Beliau juga memetik hadis daripada Hisyam bin Urwah bin Al-Zubir. Beliaulah yang mengarang kitab Al-Muwatta yang disunting secara berterusan selama 40 tahun.
2. IMAM MUSLIM : Nama penuhnya ialah Muslim bin Hadjdjadj bin Muslim Al-Qusjairi An-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 Hijrah. Beliau pernah belajar dengan Qutaibah bin Sa'id, Ahmad bin Hambal (di Iraq), Abu Bakar dan Usman bin Sjaibah, Sjaiban bin Farrukh, Harmalah bin Jahja sahabat Iman Sjafi'i (di mesir), ZSa'id bin Manshur (di Hiudjaz), Muhammad bin Jasar. Diantara muridnya dalah Imam Tirmizi, Ibrahim bin Sufian, Muhammad bin Adbulwahhab, Ishak bin Chuzaimah, Abu Bakar Al-Djarudi, Abu Bakar Al-Mustamli, Nasar bin Ahmad, dan lain-lain. Beliau meninggal dunia di Naisabur dalam bulan Rajab tahun 261 ketika berusia 55 tahun.
3. IMAM SYAFIE : Nama penuhnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas Al-Syafie, berketurunan Quraisy dari sebelah ayahnya dan keturunan Azdey, Yaman dari sebelah ibunya. Baliau dilahirkan di daerah Ghazzah atau Asqalan pada 150H ketika keluarganya dalam perjalanan ke negeri Syam. Bapanya meninggal ketika beliau berumur dua tahun. Beliau belajar daripada Sufian bin Uyainah, Muslim bin Khalid Al-Zinji, Muhammad bin Hassan (Sahabat Abu Hanifah), dan Imam Malik.
Objektif pelajaran ini:
• Menerangkan pengertian hadis dari segi bahasa dan istilah
• Menjelaskan hadis sebagai sumber hukum
• Membezakan antara hadis dengan al-Quran
• Menerangkan tentang hadis Qudsi
• Menyatakan syarat perawi sebagai bukti ketelitian menerima sesuatu hadis
Pengertian hadis
• Pada bahasa beerti baharu,atau khabar atau berita
• Pada istilah bererti setiap ucapan (Qaulan), perbuatan (fe'lan), pengakuan (taqriiran) dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w
Hadis sebagai sumber hukum
• Al-Quran merupakan sumber hukum pertama manakala hadis pula sumber hukum kedua
• Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan al-Quran seperti ibadah solat
• Tanpa hadis kita tidak dapat memahami syariat Islam secara mendalam.
Beza al quran dengan hadis nabawi dan hadis qudsi

Hadis Nabi
|
Hadis Qudsi
| |
Lafaz dan makna dari Allah
|
Lafaz dan makna dari Rasulullah
|
Lafaz dari Rasulullah, makna dari Allah
|
Wahyu disampai melalui malaikat Jibril
|
Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah
|
Wahyu dan diungkapkan kembali oleh Rasulullah
|
Sumber hukum pertama
|
Sumber hukum kedua
|
Sumber hukum kedua
|
Tidak boleh membaca ketikahadas besar
|
Boleh dibaca ketika hadas besar
|
Boleh dibaca ketika hadas besar
|
Boleh dibaca dalam solat
|
Tidak boleh dibaca dalam solat