SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah (SMK JABI)


Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi atau nama ringkasnya SMK Jabi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pokok Sena.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi memiliki 560 pelajar lelaki dan 506 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1066 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.

Kod Sekolah :
KEAB001

Alamat Sekolah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi,
Jalan Langgar
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Telefon = 6047876755
Fax = 6047870855

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

SEJARAH SEKOLAH 

Mula beroperasi pada 1 Februari 1977 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 dengan menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Langgar. 

Ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 264 orang (152 lelaki dan 122 perempuan) dibimbing oleh 11 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh En. Ahmad b. Ismail. 

Dalam usaha untuk memantapkan pengurusan pendidikan, pada 1 Januari 1985 semua pelajar di tempatkan semula di Sekolah Kebangsaan Jabi bermula pada tahun 1985 apabila Dato' Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi telah sudi meletakkan batu asas bagi pembinaan sekolah ini. 

Perasmian pembukaan sekolah ini telah dilaksanakan pada 2 Julai 1986 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi. 

Pada 1 Januari 1998 sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A. 

Pada 25 Julai 2000, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman telah menganugerahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi bertaraf 4.40 bintang. 

PEJABAT SEKOLAH
04-7876755

EMAIL SEKOLAH:
keab001@moe.edu.com



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH (SMK JABI)
Share:

No comments:

Post a Comment

Encik Shafin bin Mohd Daud

Encik Shafin bin Mohd Daud
Pengetua SMK Jabi
Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Mohd Daharudin Haji Daud

My photo

Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.

Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.

Post Paling Popular

Post Terkini

Amanah Umar bin Abdul Aziz

  • Umar bin Abdul Aziz ialah seorang khalifah yang agung dan terkenal dengan sifat amanah.
  • Beliau mempunyai dua batang lilin di pejabatnya. Satu batang lilin dibeli menggunakan duitnya sendiri dan digunakan untuk kegunaan peibadi seperti menguruskan diri dan keluarga. Satu batang lilin lagi dibeli dengan menggunakan duit kerajaan dan digunakan hanya untuk urusan rasmi pentadbiran kerajaan.
  • Pada suatu hari, beliau didatangi anaknya. Anaknya memberitahu bahawa dia datang untuk urusan peribadi. Lantas Umar bin Abdul Aziz segera memadamkan api lilin yang dibeli denan duit kerajaan lalu menyalakan api lilin yang dibeli dengan duitnya sendiri.

Maksud Akhlak Mahmudah

- iaitu sifat dan tingkahlaku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syara'.

Maksud Akhlak Mazmumah

- iaitu sifat dan tingkahlaku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perakuan syara'.