SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU

Pelajaran 30 : Maruah Diri Cermin Peribadi










Maksud Menjaga Maruah Diri :
Maruah : Berasal daripada perkataan " مُرُوءَةٌ " yang bermaksud keelokan peribadi.
Menjaga Maruah Diri : ialah usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan masyarakat.

Kewajipan Menjaga Maruah Diri :
Ciri-ciri Muslim yang bermaruah :
1) Akhlak yang baik.
2) Mempunyai peribadi yang mulia.
3) Disenangi masyarakat.
4) Menjaga pergaulan dengan orang lain.

Kepentingan Menjaga Maruah Diri :

1) Setiap muslim wajib menjaga diri dan maruah daripada melakukan perbuatan mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri.
2) Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur asing yang merosakkan.

Cara Menjaga Maruah Diri :
1) Cara Berpakaian :
- Menutup aurat.
- Kemas dan bersih.
- Tidak menjolok mata.
- Tidak mengandungi lambang, gambar dan tulisan yang dilarang dalam Islam.
- Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat.
- Tidak menyerupai pakaian agama lain.
- Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza.

2) Cara Pergaulan/Tingkah Laku :

- Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram.
- Meminta izin sambil menundukkan badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua.
- Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih muda.
- Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya.
- Menolong orang yang memerlukan, contohnya : orang buta, orang kurang upaya, orang faqir dan miskin.
- Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab.
- Tidak menzalimi haiwan.
- Menjaga kebersihan alam sekitar.
- Menggunakan media sosial dengan berhemah.
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.

3) Cara Percakapan :

- Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan.
- Intonasi dan nada suara yang sesuaidengan suasana dan orang yang mendengar.
- Bermanis muka ketika bercakap-cakap perkara yang berfaedah.
- Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai.
Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba, menfitnah dan berkata-kata lucah.
- Tidak memungkiri janji.
- Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah.
- Membudayakan ucapan terima kasih.

Contoh Tingkah Laku Yang Bermaruah :
1)

2) 
Akibat Tidak Menjaga Maruah Diri :
1)
2)
3)
4)

Hikmah Menjaga Maruah Diri :
1)
2)
3)
4)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH (SMK JABI)
- PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU -
Share:

No comments:

Post a Comment

Encik Shafin bin Mohd Daud

Encik Shafin bin Mohd Daud
Pengetua SMK Jabi
Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Mohd Daharudin Haji Daud

My photo

Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.

Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.

Post Paling Popular

Post Terkini

Amanah Umar bin Abdul Aziz

  • Umar bin Abdul Aziz ialah seorang khalifah yang agung dan terkenal dengan sifat amanah.
  • Beliau mempunyai dua batang lilin di pejabatnya. Satu batang lilin dibeli menggunakan duitnya sendiri dan digunakan untuk kegunaan peibadi seperti menguruskan diri dan keluarga. Satu batang lilin lagi dibeli dengan menggunakan duit kerajaan dan digunakan hanya untuk urusan rasmi pentadbiran kerajaan.
  • Pada suatu hari, beliau didatangi anaknya. Anaknya memberitahu bahawa dia datang untuk urusan peribadi. Lantas Umar bin Abdul Aziz segera memadamkan api lilin yang dibeli denan duit kerajaan lalu menyalakan api lilin yang dibeli dengan duitnya sendiri.

Maksud Akhlak Mahmudah

- iaitu sifat dan tingkahlaku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syara'.

Maksud Akhlak Mazmumah

- iaitu sifat dan tingkahlaku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perakuan syara'.